Welcome To My Paradise !! Follow or Dashboard

Selasa, 10 April 2012

cerpen:akhirnya aku kahwin

hyep!! assalammualaikum para reader. hari ni nak post cerpen pertama yg PB buat. PB buat benda ni dah lama dah. tapi baru hari ni rasa rajin nak post. harap korang suka. lepas baca cepen PB ni rajin-rajinkan diri korang untuk komen. tapi janganlah comment yg cam ni 

best lah cerpen ni, thump up, wah!! sonok gila cerpen ni dll

PB nak comment yang pedas-pedas macam ni

cerpen apa macam ni? tak best lah, tatabahasa pun tak betul dll

lebih kurang cam tu lah. PB ni baru lagi dalam bidang penulisan. PB perlukan komen-komen yang membina supaya karya PB akan datang akan lebih best.
ok.... tamat membebel.

“OIT! Menung apa tu?” Ariyana yang baru sampai pantas duduk di sebelah sahabatnya itu di atas pankin di bawak pokok pelam yang sedang merimbun.
            “Assalammualaikum...” Ery memberi salam sekali gus memperli Ariyana. Ariyana malu sendiri. Dia berlagak cool.
            “Waalaikumsalam. Fulamak sahabatku. Lama tak jumpa alim pulak kau erk?” Ariyana berkata. Dia menepuk-nepuk bahu Ery. Kononnya bangga.
            “Tak payahlah kau buat muka poyo tu. Aku tau aku jahat sebelum ni.” Ery memandang Ariyana dari atas hingga bawah.
            “Perghh... makin cun kau sekarang erk? Dapat ke laki mat saleh?” Tanya Ery sebelum berpaling memandang ke arah lain.
            “Tak teringin aku berlakikan lelaki mat saleh. Lelaki Malaysia tak pupus lagi lah.” Ariyana membalas. Dia kemudian tersengih.
            “Kau pulak macam mana?” Tanya Ariyana pula setelah melihat Ery diam tidak membalas.
            “Macam mana apa?” Tanya Ery bendul.
            “Macam mana keadaan kau sekarang.” Tanya Ariyana semula. Budak pandai pun tak dapat nak jawab sikit punya mudah soalan. Hati Ariyana berkata-kata sendiri.
            “Emm... macam ni lah keadaan aku sekarang. Dah ada company sendiri dah.” Ery bersuara bangga.
            “Perghh... Cayalah! Bangga gua ada kawan macam kau.” Ariyana bersuara sambil tersengih-sengih.
            “Kau pun apa kurangnya, Dr. Ariyana.” Ery membalas. Ariyana tersengih bangga.
            “Kak Yana!” Jerit satu suara dari arah belakang. Serentak Ery dan Ariyana berpaling. Emilda menuju selamba ke arah abangnya dan jirannya yang sorang itu. Dia bersalaman dengan Ariyana.
            “Sihat akak? Bila balik?” Tanya Emilda. Dia duduk di sebelah Ariyana.
            “Sihat. Semalam dah balik. Tapi tak sempat jumpa Angah semalam. Sempat jumpa Ery aje.” Ariyana menjawab. Dia turut menggunakan pangkat yang digunakan oleh Ery kepada Ariyana.
            “Amboi... jumpa Along sempat aje.” Emilda bersuara mengusik. Ery menjeling Emilda tajam. Ariyana hanya sengih.
            “Emm... tak apalah. Along dengan Akak sembanglah. Tak nak ganggu. Ada orang marahlah akak. Bye Akak.” Emilda bersuara sebelum pergi meninggalkan abangnya dan Ariyana.
            “Apa cerita adik kau dengan adik aku sekarang?” Tanya Ariyana merujuk kepada Emilda dan adiknya, Arian. Setahunya sebelum dia pergi ke oversea adiknya dan adik Ery berkapel. Dia dan Ery lah yang menjadi Cupid antara Arian dan Emilda.
            “Dia orang putus lepas seminggu kau berlepas. Tapi dia orang still kawan lagi.” Ery bercerita.
            “Putus. Fulamak! Bertahun-tahun kapel boleh putus macam tu je?” Ariyana bersuara tidak percaya.
            “Tu arr...” Ery bersuara. Suasana sunyi seketika. Masing-masing melayan perasaan sendiri.
            “Kau masih kapel dengan E-Land ke?” Tanya Ery tiba-tiba. Ariyana memandang Ery sekilas.
            “Kau pulak masih kapel dengan Linda?” Tanya Ariyana pula. Saja aje.
            “Kau agak?”
            “Putus kan sebab E-Land ngan Linda.” Ariyana menjawab.
            “Mana kau tau?”
            “Helo? E-Land tu ex-balak aku. Mesti arr aku tau. Dia putus pun sebab kau punya awek tu goda aku punya ex-pak we. Tu arr kau... bukan nak jaga awek baik-baik.” Ariyana bersuara.
            “Ek eleh... Kau pun tak pandai jaga balak kau. Kalau tak, tak ada dia tergoda ngan awek aku.” Ery membela Linda.
            “Wei! Yang kau bela si Linda tu apsal. Dia ex kau arr... bukan awek kau lagi.” Ariyana bersuara sedikit marah.
            “Aik? Apsal kau marah lak. Kau pun bela balak kau kan? Kau jeles erk?” Ery bertanya. Dia tersengih-sengih di sebelah Ariyana di atas pankin itu.
            “Mana ada! Aku cuma marah dekat kau sebab bangang sangat bela ex-awek kau tu. Aku memang bela ex-balak tapi aku kata ex-balak aku.” Ariyana menafikan. Siap memberi alasan yang tidak berapa logik. Argh! Bantai aje.
            “Ye lah tu... Kalau marah cakap marah.” Ery tidak percaya. Dia tersengih-sengih. Ariyana diam sahaja. Tidak tahu hendak berkata apa. Karang lagi dijawap makin kantoi pula.
            “Kau masih shok dengan aku erk?”  Tanya Ery setelah melihat Ariyana tidak memberi sebarang respon.
            “Perghh... perasan giler kau ni. Mesti lah tak. Dah berapa tahun kita tak jumpa since SPM. Call pun tak, nak suka macam mana?” Jawab Ariyana. Dia memandang sekilas ke arah Ery untuk melihat reaksi Ery. Namun kelihatan Ery cool sahaja. Ariyana mengeluh.
            “Okay lah... Aku nak balik dulu. Dah petang dah. Bye kawan.” Ariyana bersuara sebelum berdiri. Dia memandang Ery lama.
            “Assalammualaikum...” Ariyana memberi salam sebelum berlalu. Namun baru beberapa langkah telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada panggilan masuk.
            “Hello.” Ariyana menyapa.
            “Kau masih guna nombor ni lagi?” Tanya suara di sebelah sana. Macam kenal je suara ni, hati Ariyana panasaran.
Ariyana pantas berpaling. Ery! Ariyana mematikan talian.
“Kenapa?” Tanya Ariyana.
“Saja nak tau kau masih guna ke nombor ni? Seingat aku kau lah ‘Ratu Tukar Nombor Telefon’. Apsal tak tukar?” Tanya Ery pelik.
Ariyana mendengus.
“Suka aku lah...” Ariyana membalas. Dia pantas meninggalkan Ery.
Bangang punya mamat! Aku tak tukar nombor sebab harap kau call aku lah. Aku dah lah tak ada nombor kau sebab kau tukar nombor, di dalam hati Ariyana berkata marah. Dalam marah dia menyimpan nombor Ery. Mahal nombor ni! Susah nak dapat. Laju langkahnya menuju ke rumahnya yang hanya bersebelahan dengan rumah Ery.

ARIYANA tersengih sendiri apabila melihat rakannya yang satu itu online di facebook malam itu. Patutlah dekat YM tak ada. Pantas tangannya menaip;
<eryyana fathia> salam der...
<brother hero> slm...
<eryyana fathia> lamer giler kau tak online.
<abang macho> bz skt. naper? ada cite hot ke?
<eryyana fathia> x der apa2.
<abang macho> kat mana ni?
<eryyana fathia> malaysia! :D
<abang macho> perghh... bila blk?
<eryyana fathia> semalam.
<abang macho > kat kg. lah ni?
<eryyana fathia> ermm...
<abang macho> so dah jumpa lah ery? mcm mana? makin handsome? :P
<eryyana fathia> mesti arr dah jumpa! bkn handsome dah tpi macho!
<abang macho> kira dah lps lah rindu kau kat dia?
<eryyana fathia> x jgk. gua msh demam-demam rindu ni
<abang macho> ye arr tu... bukan lama giler ke kau sembang ngan dia tdi?
<eryyana fathia> aik? mana kau tau?
<abang macho> eh.. aku agak je tdi. sbb tdi kan kau ckp kau jumpa dia
<eryyana fathia> oh... terkejut aku
<abang macho> lps ni apa plak rancangan kau?
<eryyana fathia> rancangan? rancangan utk apa?
<abang macho> rancangan utk tackle si ery 2 arr.. apa ke bangang kau ni
<eryyana fathia> oh! x payah rancangan2. Kau igt aku ni org jahat ke perlu rancangan2 segala bagai?
<abang macho> bis2? mcm mana kau nk ambik ati si edy 2.
<eryyana fathia> ala... senang je. aku cadang nk ambik ati mak dia dulu baru ambik ati dia. kalo dh mak dia suka aku mesti arr mak dia kipas si edy 2 supaya kahwin ngan aku amacam? bes x plan aku ni?
<abang macho> susahnya...
<eryyana fathia> susah kenapa lak? Dlm diri aku ni mmg dah penuh dgn sifat gadis melayu terakhir tau. Jdi senang je
<abang macho> ye arr 2.. pemalas ada arr.
<eryyana fathia> pemalas tu part time je. yg rajin 2 aku over time
<abang macho> ceh... x caya.
<eryyana fathia> x caya sudah.
<abang macho> mmg x caya pon
<eryyana fathia> eh, dah arr.. aku nk blah dah ni. bye kwn..
<abang macho> bye...
Ariyana pantas log out acound facebooknya. Dia menjeling jam dinding di biliknya. Jarum jam sudah menginjak ke pukul 10.30 malam. Dia mematikan lampu tidur bilik sebelum membaringkan tubuhnya di atas katil.
ERY tersengih sendiri apabila melihat Ariyana sudah log out. Seperti tidak percaya sahaja Ariyana menggunakan namanya di facebook. Atas jasa Arian dia berjaya menjumpai facebook milik Ariyana. Lama jugalah dia mencari accound facebook Ariyana. Akhirnya hujung tahun lalu dia berjaya mencarinya.
            “Kenapa Along sengih sorang-sorang?” Tanya Emilda tiba-tiba. Dia duduk di sebelah abangnya di atas sofa di ruang tamu rumah mereka. Ery hanya tersengih. Tidak menjawab soalan Emilda. Emilda mengerling skrin lap top abangnya.
            “Oh... patut arr. Kak Yana online erk tadi?” Tanya Emilda. Ery hanya mengangguk.
            “Along ni ego lah... Mengaku ajelah. Kak Yana tu pun dah elok-elok shok dekat Along. Nak tunggu green light dari Along aje.” Emilda bersuara memecahkan suasana sepi antara mereka. Ery menjeling Emilda sekilas sebelum menjawab.
            “Dia pun tak nak mengaku dia suka dekat Along.”
            “Along... perempuan ni lain Along. Mana ada perempuan berani nak mengaku yang dia minat dengan someone pastu dia mengaku. Mestilah dia tunggu orang yang dia minat tu luahkan.”
            “Ye ke?” Tanya Ery tidak percaya. Emilda mengangguk beberapa kali.
            “Kenapa Along tak nak mengaku aje dekat Kak Yana yang ‘Brother Hero’ tu Along? Mesti Kak Yana pun tengah cari Along punya facebook.” Emilda bersuara lagi.
            “Along ada cara tersendiri nak pikat dia Angah.” Ery menjawab. Emilda mencebik.
            “Cara tersendiri? Since tingkat tiga lagi Along kata ada cara tersendiri nak pikat dia. Tapi dari tingkat satu jugaklah Along tak jadi-jadi pak we dia.” Emilda berkata seakan mengejek. Ery terdiam.
“ASSALAMMUALAIKUM mak cik...” Ariyana menjerit memberi salam dari luar rumah. Tiada sahutan dari dalam. Ariyana mengerutkan keningnya. Selalunya petang-petang macam ni ada aje. Kemana aje orang tua ni... Baru aje cadang nak buat baik. Hish! Kasi spoil aje orang tua ni. Hati Ariyana merungut.
            “Assalammualaikum... Ada orang tak?” Ariyana menjerit lagi. Masih tiada jawapan. Ariyana bergerak ke belakang rumah. Kelihatan Puan Ratna sedang terbongkok-bongkok menyapu sampah di belakang rumah. Ariyana tersengih.
            “Assalammualaikum mak cik...” Ariyana memberi salam. Kelihatan Puan Ratna masih leka menyapu sampah. Aik? Dah tuli ke apa orang tua ni? Hati Ariyana berkata-kata.
            “Mak Cik!” Jerit Ariyana lantang. Puan Ratna pantas berpaling.
            “Oh kamu Ariyana. Bila balik? Tak tau pun mak cik.” Puan Ratna menyapa. Dia bergerak ke arah Ariyana sambil menangalkan earphone daripada telinganya.
            “Lah... patutlah dari tadi saya panggil mak cik macam tak dengar aje. Maju jugak ye mak cik ni.” Ariyana bersuara memuji. Dia bersalaman dengan Puan Ratna. Puan Ratna hanya tersenyum.
            “Benda ni Ery punya sebenarnya. Mak cik pun tak tahu benda ni apa. Tadi mak cik terjumpa. Mak cik tekan-tekan tiba-tiba keluar lagu. Tu yang mak cik guna tu. Nak hilangkan boring duduk sorang-sorang dekat rumah ni.” Puan Ratna bersuara ramah sambil menunjukkan ‘benda’ yang boleh mengeluarkan lagu itu.
“Benda ni namanya MP3 mak cik.” Ariyana memberitahu.
            “Kamu ni bila balik? Tak tau pun mak cik.” Tanya Puan Ratna.
            “Kelmarin mak cik. Semalam saya datang mak cik tak ada kata Ery.” Ariyana membalas.
            “Hah! Ni mak cik. Saya buat tadi. Tapi mak cik sebelum makan banyakkan baca doa mak cik. Kot tak sedap. Maklumlah... saya ni chef yang tak diiktiraf oleh adik saya. Adik saya tu pun tak nak makan makanan yang saya masak. Dia tu memang memilih sikit.” Ariyana bersuara panjang sambil menghulurkan mangkuk tingkat yang dipegangnya sebentar tadi kepada Puan Ratna. Puan Ratna tergelak mendengar omongan Ariyana.
            “Oh...terima kasih lah ye. “Oh...terima kasih lah ye.” Puan Ratna berterima kasih.
            “Kalau macam tu saya balik dulu lah ye mak cik. Assalammualaikum...” Ariyana meminta diri untuk berlalu. Puan Ratna hanya mengangguk sambil tersenyum.
“SAYA tengok kan bang Ariyana tu baik orangnya ye bang. Sopan santun. Ayu pulak tu.” Puan Ratna bersuara ketika menuangkan air untuk suaminya, Encik Imran. Emilda sudah tersenyum ke arah abangnya. Ery pula hanya memasang telinga perbualan ibu bapanya. Ketika itu mereka sekeluarga sedang bersantai-santai sambil menonton televisyen.
            “Kenapa baru sekarang awak puji dia. Sebelum ni tak pernah pulak.” Encik Imran menyoal pelik. Dia memandang isterinya sekilas sebelum kembali memandang skrin televisyen.
            “Sebelum ni dia tak bertudung. Tapi bila balik dari Jordan tu baru dia pakai tudung. Makin ayu pulak dia.” Puan Ratna membalas kata-kata suaminya. Dia duduk di sebelah suminya di atas sofa itu.
            “Mesti lah kena pakai tudung. Jordan tu kan negara Islam. Tak kan lah nak free hair aje keluar sana sini.” Encik Imran membalas.
            “Saya rasalah kan bang... Ariyana tu sesuai sangat dengan Along. Teringin nak jadikan dia menantu.” Puan Ratna bersuara lancar. Encik Imran berfikir. Emilda sudah tersengih ke arah abangnya. Ery yang ketika itu sedang meneguk air terbatuk-batuk.
            “Saya okay aje. Yang nak jadi suami dia Along. Along, kamu setuju ke Ariyana tu jadi isteri kamu.” Tanya Encik Imran sambil memandang Ery di sebelah Emilda.
            “Setuju je Along!” Emilda berkata kepada Ery. Ery menjeling Emilda garang. Kemudian dia memandang abah dan uminya.
            “Emm... Along okay aje kalau itu yang abah dengan umi nak. Tapi si Ariyana tu nak ke dengan Along?” Ery membalas.
            “Nantilah umi dengan abah datang merisik. Jadi kamu setujulah ni?” Puan Ratna bertanya. Ery hanya mengangguk. Emilda menyiku Ery di sebelah.
            “Kalau cakap dengan umi dengan abah awal-awal mesti sekarang Along dengan Kak Yana dah kahwin.” Emilda bersuara berbisik ke arah Alongnya. Emilda tersengih.
“OIT!” Sapa Ariyana lantas duduk di sebelah Ery. Ery hanya memandang Ariyana sekilas sebelum berkalih memandang ke arah lain.
            “Nak apa?” Ery bertanya. Ariyana mencebik.
            “Macam tak suka aje. Kalau tak suka aku blah.” Ariyana berkata kecil hati. Dia sudah berdiri.
            “Eh, aku main-main ke tadi.” Ery melarang. Ariyana tersengih. Dia kembali duduk di atas pankin itu.
            “Pagi tadi bapak kau dengan umi kau datang.” Ery tidak memberi sebarang reaksi.
            “Dia datang merisik aku.” Ery masih tidak memberi sebarang reaksi. Ariyana mencebik.
            “Aku kena terima ke?” Ariyana bertanya. Dia memandang Ery disebelah. Ery memandang Ariyana sekilas.
            “Kau suka aku ke pun?” Tanya Ery mendatar.
            “Mesti arr!” Pantas Ariyana menjawab. Ery mengangkat kening. Tidak percaya.
            “Betul! Aku suka kau. Since aku pindah sini lagi aku dah suka kau. Tapi aku tengok kau macam tak suka aku je. Jadi aku diam ajelah...” Ariyana membuat pengakuan. Dia memandang Ery lama.
            “Betul ke?” Tanya Ery turut memandang ke arah Ariyana.
            “Betullah!” Jawab Ariyana yakin.
            “Kalau macam tu aku pun suka kau dari since kau pindah.” Laju Ery berkata. Ariyana tergamam. Dia suka kau jugak? Ariyana bertanya di dalam hati.
ERY membuka facebook miliknya malam itu. Dia mencari nama Eryyana Fathia di bahagian chat. Dia tersenyum sebaik sahaja melihat Ariyana online malam itu. Dia mula menaip.
            <abang macho> slm...
            <eryyana fathia> slm... J
            <abang macho> happy nampak
            <eryyana fathia> mesti arr! aku dah nk kahwin!
            <abang macho> fuyoo... dgn sapa? malang sungguh lelaki itu :P
            <eryyana fathia> kau ni... sedih aku bila kau ckp cam 2 L
            <abang macho> alah... jgnlah sedih. kau kahwin ngan sapa? Ery erk?
            <eryyana fathia> yo lah.....
            <abang macho> ceh! berjaya jgk kau kipas mak dia erk?
            <eryyana fathia> biasa! org hebat!
            <abang macho> ermm ariyana...
            <eryyana fathia> eh, mcm mana kau leh tau nama aku?(tgh terkejut ni)
            <abang macho> kalo aku tipu kau kau marah x?
            <eryyana fathia> mesti arr mrh! org bodoh pun akn mrh kalo kita tipu diaorg
            <abang macho> tpi kalo ngan aku kau mrh x?
            <eryyana fathia> ikut keadaan arr..
            <abang macho> ermm... cam ne nk ckp erk?
            <eryyana fathia> taip je..
            <abang macho> aku tau arrr!
            <eryyana fathia> aku ckp je pon
            <abang macho> ermm... kalo aku ckp aku ni ery jiran kau tu kau mrh x
            <eryyana fathia> ye ke? X caya lah...
            <abang macho> betul! aku ni Ery. kalo x caya ko tanya arian. Arian lah yg bagitau  kt aku fb kau
            <eryyana fathia> jab aku tanya dia
            Ery menanti seketika.
            <eryyana fathia> wei! Apsal kau x ckp kat aku. Malu siot!
            <abang macho> kau marah ke ari?
            Ery menunggu balasan daripada Ariyana. Namun masih tiada jawapan. Sebentar kemudian
            <ariyana fathia> mesti arr mrh! malu arr...
            <abang macho> kenapa kau tukar nama fb kau?
            <ariyana fathia> ermm... saja
            <abang macho> guna ajelah nama aku tu. Aku x mrh
            <ariyana fathia> ermm... x pe lah.
            <abang macho> aku suka bila kau guna nama aku. Seolah-olah kau menghargai diri aku
            <ariyana fathia> erk?
            <abang macho> sebenarnya aku suka ngan kau
            <ariyana fathia> bohong!
            <abang macho> betul! aku suka kau. since kita form one lgi. Kau tau bila org kata kita couple aku rasa sonok sgt. Walaupun sebenarnya kita x couple
            <ariyana fathia> bohonglah!
            <abang macho> betul! bila aku dpt tau kau suka aku aku rasa hapy sgt. Kn ptg tdi aku dah ckp
            <ariyana fathia> kau suka aku ke?
            <abang macho> haah.
            <ariyana fathia> kalo cm 2 aku pun suka kau. since aku form one. Aku pun suka bila diaorg kata kita couple. (aku tgh sengih ni)
            <abang macho> aku tau.
            <ariyana fathia> mana kau tau?
            <abang macho> ptg tdi kan kau ckp dah. Wei... kau tukarlah blk nama kau. aku suka kau guna nama aku
            <ariyana fathia> ermm... nanti je lah erk.
            <abang macho> alah... sekarank lah..
            <ariyana fathia> ok lah.
            <abang macho> aku pon nk tukar nama arr..
            Ery berfikir-fikir sebentar hendak mengubah nama apa. Yang pasti berkaitan dengan nama Ariyana. Sebentar kemudian dia tersengih.
            <eryyana fathia> ok.. puas hati
            <ariyana’s husband> ok.. puas hati
            <eryyana fathia> apsal kau guna nama tu? Buruk arr!
            <ariyana’s husband> ok apa. Baru lah org x berani kacau kau. hehe~
            <eryyana fathia> wei! Tukarlah blk. Malulah org tau.
            <ariyana’s husband> biar lah... lgi pun kita dah nk kahwin kan.
            <eryyana fathia> selagi kau blum shake hand ngan tok kadi selagi tu kau belum sah lgi jdi laki aku.
            <ariyan’s husband> yana. Besok kita gi t.i nk?
            <eryyana fathia> wat pe?
            <ariyana’s husband> aku nk lamar kau besok
            <eryyana fathia> mana ada org nk melamar dia ckp dulu. X surprise lah..
            <ariyana’s husband> cinta kita ni lain. Jdi cara melamar tu lain.
            <eryyana fathia> ckp je lah dah terckp
            <ariyana’s husband> mana ada!
            Dan malam yang sepi terus menemani mereka. 
Create by NUR AZURA MOHAMAD, 11.21 am, 30/11/2011

perasan tak... penamat dia cam pelik aje kan?

thanks sudi baca :) rasa terharu sangat :')

test

test lagi
thanks sudi baca :) rasa terharu sangat :')

 
jc awwwsemm blog's since april 2012